DE

Publication

Pembangunan Pasca-Pandemik di Malaysia

Virus Covid-19 yang mula dikesan pada lewat tahun 2019 mula memberi kesan pandemik pada tahun 2020, menyebabkan krisis bukan sahaja dalam bidang kesihatan tetapi melebar ke dalam sektor ekonomi hampir secara keseluruhannya. Ini berpunca terutamanya kerana satu perintah berkurung (lockdown) atau kawalan pergerakan yang dilaksanakan pelbagai negara, mendorong rantaian sektor pelancongan hampir lumpuh sepenuhnya, penyusutan pelbagai penghasilan dan perlahannya urusan perdagangan sama ada di peringkat domestik mahu pun antarabangsa. Di sesetengah negara seperti Malaysia pula, peralihan kuasa pada 1 Mac 2020 menjadikan krisis ini bukan sahaja tentang kesihatan dan ekonomi, tetapi berangkai tiga bersekali dengan politik.


Kertas perbincangan ini cuba mengajak pembaca untuk meninjau pelbagai pandangan penulis tentang isu-isu yang pada hemat beliau perlu diberikan perhatian serius dan segera oleh semua pihak. Penulis percaya bahawa semangat ‘kemusnahan kreatif’ (creative destruction) yang pernah dipopularkan oleh ahli ekonomi, Joseph Schumpeter kira-kira lapan dekad lalu boleh diambil sebagai panduan pembuat dasar. Penjelasan menarik beliau tentang mekanisme inovasi proses dan produk secara berterusan melalui penyusunan semula aspek-aspek utama prestasi makroekonomi, bukan hanya tentang pertumbuhan jangka masa panjang tetapi meliputi naik turun ekonomi, penyesuaian struktural dan faktor pasaran yang berfungsi perlu direnung.

muat turun kertas di bawah:

  • Pembangunan Pasca-Pandemik di Malaysia (Masalah, Peluang dan Cabaran)