Women

Short Videos on Gender Equality, Women's Rights, and Feminism

Perbincangan mengenai isu gender, hak wanita dan feminisme semakin popular di Malaysia. Namun begitu, ramai orang termasuk pelajar universiti mempunyai pemahaman yang samar-samar mengenai isu tersebut. Tidak semua kursus mengajar isu jantina sebagai sebahagian daripada kurikulum pengajian mereka dan beberapa kursus mengajar isu jantina pada peringkat seterusnya dalam kursus mereka. Di sekolah dan institusi agama Islam, topik gender mungkin tidak diajar sama sekali atau apa yang mungkin diajar boleh bertentangan dengan feminisme dan menentang kesaksamaan gender, yang dianggap sebagai tidak Islamik. Oleh itu, terdapat keperluan besar untuk meningkatkan kesedaran dan memberi maklumat yang betul tentang jantina dan feminisme kepada orang ramai, termasuk pelajar yang mungkin memegang jawatan penting dalam komuniti mereka atau di peringkat kebangsaan. Oleh itu Yati Kaprawi memutuskan untuk mencipta video pendek mengenai topik Gender, Kesaksamaan, hak wanita, dan feminisme.

1. Kenapa Kita Sambut Hari Wanita Sedunia

At this point you will find an external content that complements the content. You can display it with one click.

2. Selamat Hari Raya, Meraikan Kesetaraan

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Budaya beraya di Malaysia, lelaki dan perempuan beramah mesra, bergurau senda saling bermaafan.. Tiada yang berpaling muka tidak mahu memandang wajah orang yang berlainan jantina, konon ditakuti fitnah bagai... Adat beraya juga orang kampung saling berkunjung tanpa mengira lelaki atau perempuan, datang beraya berkumpul bersama, tiada pemisahan ruang atau tempat duduk lelaki dan perempuan...tanpa sebarang syak wasangka menimbulkan fitnah dan sebagainya..

Kalau ikut budaya Melayu, saling bersalaman antara lelaki dan perempuan adalah amalan dalam mengeratkan persaudaraan dan tidak dianggap serong , tanpa sebarang syak wasangka.

Begitulah budaya Melayu yang kuat semangat kemasyarakatannya, masyarakat yang santai, suka beramah mesra dan bergurau senda sesama sanak saudara dan jiran tetangga.. tak kiralah lelaki atau perempuan.. Ianya juga dicerminkan dalam gerak tarian Melayu.. seperti di video animasi saya ini..

Walaupun tarian Melayu seperti zapin misalnya, berasal atau punya pengaruh dari Arab atau Yemen, namun orang-orang Melayu menyesuaikannya mengikut resam dan cara hidup orang2 Melayu - seperti gerak lenggoknya yang lebih lembut, sentiasa dengan senyuman manis dan juga tarian dilakukan secara bersama-sama lelaki dan perempuan

At this point you will find an external content that complements the content. You can display it with one click.