DE

Corruption
Rasuah dan Gerakan Sosial

Corruption
© Josh Soto on Unsplash 

Tarikh Acara: 04 Ogos 2021 

INPUMA (International Institute of Public Policy and Management) menganjurkan satu siri enam rundingan dasar, di bawah INPUMA Policy Talk Series. Ini adalah perbincangan dasar ke-6 mereka dengan topik: Rasuah dan Gerakan Sosial.

Ahli Panel:

  • Profesor Dr.Syed Farid Alatas – Profesor Sosiologi, Universiti Nasional Singapura.
  • Dato’ Halimah Mohd Said – Team Ahli Pemikir (TAP), Kementerian Perpaduan Negara.
  • Puan Nurhayati Nordin – Ketua Sekretariat, Rasuah Busters.
     

Pemudah Cara: Dato’ DR Ilango Karuppanan – Profesor Adjung, INPUMA, Universiti Malaya.

 

Profesor Dr.Syed Farid Alatas – Profesor Sosiologi, Universiti Nasional Singapura

  • Beberapa tahun yang lalu telah timbul di kalangan rakyat Malaysia istilah “Kleptokrasi”. Kleptokrasi merujuk pada negara yang dikuasai oleh maling atau pencuri harta rakyat. Sebuah kleptokrasi merupakan suatu pemerintahan oleh pencuri yang menyamar sebagai pegawai negara yang jujur.
  • Ciri utama kleptokrasi adalah bahwa ia sejenis jenayah atau sejenis kriminalitas negara. Rasuah ditarik melalui pencurian terhadap badan pemerintah, syarikat swasta ataupun orang awam yang terdiri daripada tiga komponen yaitu penyuapan, pemerasan dan nepotisme. Ada suatu benang yang menghubungkan 3 jenis rasuah itu yaitu penempatan kepentingan masyarakat umum dibawah kepentingan pribadi serta pengkhianatan kepercayaan.
  • Rasuah terdapat di semua negara tetapi bukan semua negara yang dikuasai oleh daya rasuah. Jenis negara yang dikuasai oleh rasuah dapat digelarkan sebagai “kleptokrasi”
  • Rasuah merupakan suatu alat pengumpulan modal.
  • Harus ada paksaan dan dorongan dari rakyat untuk mengurangkan kadar rasuah dalam negara.
  • Tujuan gerakan sosial dalam memberantas atau mengurangkan rasuah adalah untuk memperbaiki sosial dan ekonomi rakyat.

Dato’ Halimah Mohd Said – Team Ahli Pemikir (TAP), Kementerian Perpaduan Negara.

  • Pembangunan atau perubahan dasar suatu negara tidak akan berlaku dan mencapai kejayaan jika tidak ada azam kerajaan atau kehendak politik.
  • Political will atau kehendak politik adalah komitmen pihak berkuasa utama yang membuat keputusan dalam mengubah dasar dan menterjemahkan plan tindakan untuk mencapai penyelesaian desired outcome atau result.
  • Political will doesn’t just outburst in parliament, there must be a plan of action. Tindakan yang diusahakan dan ada terstruktur yang jelas.
  • Yang memainkan peranan penting adalah barisan kepemimpinan sama ada kerajaan, agency kerajaan, institusi, dan sektor swasta. Barisan kepemimpinan sektor swasta juga memainkan peranan yang penting, sebab seringkali yang menyuap adalah dari sektor swasta yang disuap adalah dari sektor awam.
  •  Azam rakyat sangat penting.
  • Individu yang bertanggung jawab untuk membentuk sistem nilai diri yang penuh dengan kejujuran, integrity dan sebagainya. Dan kepada keseluruhannya negara itu boleh digambarkan sebagai negara berintegritas

Puan Nurhayati Nordin – Ketua Sekretariat, Rasuah Busters

  • Rasuah Buster adalah gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat untuk menghapuskan budaya memberi/menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam ekosistem di Negara ini. Ia bertujuan membersihkan sistem nilai yang telah korup yang berlaku di segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaun dan agama (source: https://sinaruntukmalaysia.com.my/rasuah-busters/), dan kempen ini di inisiasi oleh Datuk Hussamuddin Yaacub
  • Perlu adanya transformasi nilai moral
  • Kalau symptom ini seperti covid kita tidak ada penjarakan sosial terhadapnya maka rantaian ini tak mungkin kita dapat putuskan.
  • Rasuah Buster is all about awareness and educating people. Education the voters is important.

Tonton perbincangan penuh dengan klik pautan di bawah

Rasuah dan Gerakan Sosial