DE

Book

Politik Sarkis: Malaysia Pasca 9 Mei 2018

Mencatat sejarah bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi terlalu banyak hal yang berlaku dalam tempoh sepanjang 2018-2021. Buat kali pertamanya tampuk kerajaan bertukar, kemudian penukaran kerajaan Persekutuan tanpa pilihan raya, dan paling penting ialah pandemik Covid-19 datang melawat dunia. Semua ini harus dicatatkan supaya ia boleh menjadi pelajaran untuk masa hadapan. Buku ini merupakan buku ketiga kompilasi esei yang saya bukukan, seperti dua buku sebelum ini saya cuba menyusun pandangan mengikut peristiwa yang berlaku. Saya berharap suatu hari nanti saya akan mempunyai kelapangan masa untuk menulis buku yang tidak berbentuk kompilasi artikel memandangkan kerjaya penulisan sukar untuk dijadikan karier di Malaysia, saya merasakan anda harus menunggu dengan lebih lama sebelum saya menulis buku seperti itu.

Jom, baca buku. *Muat turun buku dengan klik pautan di bawah ini:

*Seperti yang dipersetujui oleh penulis, buku di bawah hanya 20 muka surat, jika anda ingin membaca lebih lanjut sila hubungi rahman@orangkata.my.